Paris- Seorang penyanyi
rap wanita terkenal di Perancia, Diam, mengejutkan peminatnya apabila
buat pertama kali tampil memakai hijab selepas memeluk Islam.
Diam atau nama
sebenarnya Melanie Georgiades, disifatkan telah melakukan proses
transformasi sepenuhnya daripada seorang penyanyi rap kepada seorang
wanita Muslim.
Sejak 2009, Diam telah
mencetuskan kontroversi kerana jarang muncul di khalayak ramai dan
kontroversi berkenaan akhirnya lenyap dengan penampilan pertamanya dalam
interview dengan stesen televisyen Perancis, TF1.
Dalam temu bual eksklusif itu, Diam menceritakan kisah silamnya dan bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam.
Jelas Diam, dia diperkenalkan secara kebetulan oleh seorang rakan beragama Islam.
“Saya memeluk Islam selepas melihat rakan saya menunaikan solat. Ketika itu saya memberitahunya bahawa saya juga ingin bersolat.
“Ketika bersujud, itulah
kali pertama saya menyentuh dahi ke lantai dan ia merupakan sesuatu
yang tidak pernah saya lakukan sebelum ini dan saya kini percaya, kita
hanya tunduk kepada Allah, bukan insan lain,’’ katanya.
Menurut Diam, dia memeluk Islam selepas memahami agama itu dan membaca Al-Quran.
Dia juga berpindah ke Mauritius untuk belajar membaca Al- Quran dan kini lebih memahami Islam sepanjang proses memeluk Islam.
Menceritakan kisah
silamnya, Diam berkata, walaupun dia seorang yang terkenal namun dalam
hatinya, tiada siapa yang tahu bagaimana dia menangis setiap malam
kerana hatinya berasa kosong dan kesepian.
“Saya merupakan penagih
dadah tegar, sering berasa halusinasi dan terpaksa masuk ke pusat
rawatan mental untuk pulih, sehinggalah seorang rakan Muslim saya
memberitahu bahawa dia ingin bersolat.
“Dengan memeluk Islam, hidup saya lebih tenang dan saya juga tahu tujuan sebenar kita diciptaNya,’’ katanya.
Diam yang telah berkahwin lebih setahun lalu, kini bergelar ibu dan telah pulih sepenuhnya daripada masalah ketagihan dadah.
Ditanya mengenai
pemakaian hijab itu, Diam berkata dia tidak berasa kecil hati apabila
dikritik namun kecewa dengan pandangan steorotaip penduduk Perancis
terhadap wanita berhijab.
SUMBER: SIAKAP KELI BLOG
Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715
Tiada ulasan:
Catat Ulasan