Terbaik Sepanjang Minggu

Rabu, 24 Oktober 2012

[GR SIRAT] APA YG SEPATUTNYA KITA BANGGAKAN DGN ZULFAHMI?



ZULFAHMI KHAIRUDIN berjaya membuktikan anak Malaysia dari bangsa yang sering diperlekehkan, Melayu sebenarnya membuktikan kita mampu gah seandainya terus diberi peluang di mata dunia. Syabas dan tahniah Zulfahmi kerana menjadi anak Malaysia pertama menaiki podium di tangga kedua perlumbaan Moto2 di Sepang

Namun adakah itu sahaja yang kita banggakan?

Tidak...yang paling dan seharusnya kita banggakan ialah ketika beliau meraikan kejayaan di podium. Jelas kita lihat beliau melarikan diri sewaktu rakan lumbanya meraikan kejayaan mereka dengan percikan arak. Walau segah mana pun beliau keadaan tersebut membuktikan akar umbi jati diri yang terbina kukuh dalam diri beliau serta sensitiviti beliau yang tinggi terhadap keadaan sekeliling.

Keadaan ini adalah sama sebagaimana pemain Man City, Yaya Toure yang menolak untuk mearaikan kejayaan pasukan dengan arak dan bertegas menyatakan beliau seorang muslim

Seandainya di negara arab kandungan arak ditukar ke air lain kenapa di Malaysia yang agama rasminya Islam bahkan dibangga-banggakan pemimpin negara sebagai Negara Islam di mata dunia, kita terutama penganjur gagal melakukannya? Tiada kerugian apa-apa jika tiada arak bahkan akan lebih dihormati atas ketegasan yang dipamerkan.

LIHAT VIDEO 

Seandainya disebut berknaan motor, Kita sudah banyak akademi lumba motor diseluruh negara yang tumbuh bagai cendawan di atas jenama REMPIT yang mampu melahirkan jaguh lumba. Mereka yang dilahirkan ini mempunyai semangat yang jitu dan yang penting tidak takut mati. Jadi apa salahnya pencari bakat kembali ke akar umbi akademi rempit ni mencari bakat-bakat yang mampu lagi menaikkan nama negara dalam arena perlumbaan yang lebih bersih


Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...