Terbaik Sepanjang Minggu

Ahad, 21 Oktober 2012

[GR HOT] SIAPAKAH 'BUDAK HUJAN' YANG HAMPIR MENGHARUMKAN NAMA NEGARA ?!!



BETUL KATANYA. Dia lebih selesa menunggang dalam litar basah dan hujan. Bukan omong tapi itulah yang dibuktikan pelumba wild card negara dalam MOTO2,  Hafizh Syahrin Abdullah.

Walaupun sekadar bermula dari petak ke 27, pelumba yang merasai penampilan kedua di kejohanan ini harus berbangga menamatkan saingan di kedudukan ke 4 dalam saingan yang ditamatkan awal 3 pusingan akibat hujan lebat.

Anak muda berusia 18 tahun ini telah memperbaiki rekod beliau terdahulu yang bermula dari petak ke 34 dan menamatkan saingan di kedudukan 20.

Dalam saingan semalam berbaki 12 pusingan beliau yang dalam kedudukan ke 5 berjaya memintas 4 pelumba di hadapannya dan memimpin saingan sehingga mendapat sorakan padu penonton yang membara untuk menyaksikan pelumba negara menaiki podium

Hasrat melihat pelumba negara hampir menamatkan saingan di atas podium hampir menjadi kenyataan sehingga beliau kembali dipintas namun masih mengekalkan kedudukan beliau dalam kelompok pendahulu.

Hujan yang turun semakin lebat menyebabkan bendera merah dinaikkan menandakan saingan ditamatkan dalan perlumbaan berbaki 3 pusingan

Apapun tahniah buat Hafizh yang berjaya membuktikan bahawa negara mampu bersaing dan melahirkan pelumba berbakat yang tidak gentar bersaing di arena antarabangsa sekiranya bakat-bakat ini terus dicungkil


Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...