Terbaik Sepanjang Minggu

Khamis, 25 Julai 2013

[GR INFO] KONDOM BERLOGO HALAL?

“Keep the Satan away during Intercourse”… Bermaksud, “Menjauhkan Syaitan Ketika Persetubuhan”. Bagi pandangan penulis, ada ‘double-meaning’ mengenai slogan ini. Adakah pengeluar kondom ini menggunakan istilah sebegitu dan logo halal untuk melariskan produk mereka?
Jika produk ini laris, ramailah pembelinya. Maka ramailah penggunanya. Tetapi siapa sasaran pasaran produk ini jika ianya dikatakan halal? Tentu sekali orang-orang Islam. Adakah produk seperti ini akan mempengaruhi manusia untuk menghalalkan persetubuhan bagi pasangan yang belum bernikah juga? Apa pandangan para pembaca sekalian?


 sumber: malaysiantabloid.com

Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

Selasa, 23 Julai 2013

[GR INFO] TAHUKAH KORANG : BURUKNYA TIDUR & BANGUN LEWAT?

Tidur yang nyenyak dan sempurna sangat penting. Jika kita tidak tidur dengan baik, racun dalam tubuh kita akan terkumpul dan ini akan mempengaruhi tahap kesihatan serta emosi kita.
Punca utama kerosakan hati adalah:
  1. terlalu lewat dan bangun lambat adalah penyebab utama
  2. Tidak buang air kecil di pagi hari.
  3. Terlalu banyak makan.
  4. Tidak mengambil sarapan.
  5. Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan.
  6. Mengambil terlalu banyak bahan pengawet, aditif, pewarna makanan, dan perasa tiruan.
  7. Mengambil terlalu banyak makanan berminyak. Jangan mengambil terlalu banyak makanan berminyak walaupun makanan yang menggunakan minyak goreng terbaik seperti minyak zaitun. Elakkan mengambil makanan berminyak ketika anda dalam keadaan letih, kecuali ketika badan sedang dalam keadaan betul-betul fit.
  8. Mengambil terlalu banyak makanan juga boleh memberikan beban berlebihan kepada hati. Sayuran seeloknya harus dimakan mentah atau dimasak 3-5 bahagian sahaja. Sayuran yang dimasak harus dimakan dalam satu sajian dan tidak disimpan.
Kita harus mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dalam kehidupan. Amalan pemakanan yang sihat sangat penting bagi memastika tubuh kita untuk menyerap dan menyingkirkan bahan kimia yang tidak diperlukan oleh tubuh.
Kerana ….

Fahami bagaimana tubuh kita berfungsi:

Malam (9pm – 11pm):
Adalah masa untuk menyahkan/membuang toxic chemicals (de- toxification) yang tidak diperlukan dari sistem antibodi (lymph nodes). Dalam waktu ini kita seharusnya dalam keadaan tenang dan suasara yang relaks seperti mendengar musik. Jika seorang surirumah dalam ketika ini masih menjalankan aktiviti hariannya seperti mencuci pinggan atau mengawasi anak-anak membuat kerja rumah, ini akan memberikan kesan negatif pada kesihatannya.

Malam di (11pm-1am):
Proses de-toxification dalam hati, dan secara idealnya harus dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (1am – 3am):
Proses de-toxification di bahagian hempedu, idealnya juga dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (3am – 5am):
Proses de-toxification di bahagian paru-paru. Oleh kerana itulah kebiasaannya bagi yang sedang mengalammi batuk, ketika ini anda akan mengalami batuk yang sangat kuat. Memandangkan proses de-toxification telah sampai ke saluran pernafasan, kita tidak perlu mengambil ubat batuk ketika ini kerana ianya akan memnganggu proses pembuangan toksin tersebut.

Awal pagi (5am – 7am):
Proses de-toxification di bahagian usus besar, anda harus mengosongkan usus.

Pagi (7am – 9am):
Penyerapan gizi pada usus kecil, kita harus sarapan pada masa ini. Kepada mereka yang sedang saki, sarapan harus lebih awal iaitu sebelum pukul 6:30 pagi. Makan pagi sebelum 7:30am sangat berguna bagi mereka yang ingin kekal cergas. Mereka yang tidak sarapan, mereka harus mengubah kebiasaan mereka. Namun jika anda terlewat mengambil sarapan sehingga pukul 9am-10am sekalipun, itu masih lebih bagus daripada tidak bersarapan sama sekali. lewat dan bangun terlalu lambat akan mengganggu proses membuang bahan kimia yang tidak diperlukan dalam tubuh.
Tengah malam sampai 4am juga adalah waktu untuk sumsum tulang menghasilkan darah.
Oleh kerana itu, dapatkan tidur yang sempurna dan jangan tidur terlalu lewat.


Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

Isnin, 22 Julai 2013

[GR PIC] SEKEPING FOTO PERKAHWINAN KEDUA ASHRAF MUSLIM






Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

[GR SIHAT] PENYAKIT BUAH PINGGANG: TANDA AWAL DAN PENCEGAHAN



Ujian awal kesan sakit buah pinggang

RAMAI orang beranggapan mereka cukup sihat, walaupun bertahun-tahun tidak menjalani pemeriksaan kesihatan. Malah, tidak kurang juga beranggapan mereka tidak akan berdepan masalah kesihatan, sedangkan setiap orang sebenarnya mempunyai risiko sama untuk mengalaminya kerana kebanyakan penyakit kronik menyerang badan dalam diam. Sikap suka meletakkan diri dalam keadaan selesa menyebabkan ramai melepaskan peluang menjalani pemeriksaan kesihatan, walaupun ia diberikan secara percuma.

Sikap ini juga menyebabkan ada yang tidak boleh menerima hakikat apabila diberitahu mereka menghidap sesuatu penyakit serius kerana tidak mengalami sebarang gejala.

Namun, itulah sifat penyakit kronik. Kehadirannya tidak dirasai dan pesakit masih boleh menjalankan kegiatan harian tanpa masalah kerana kesan hanya timbul apabila penyakit sampai ke tahap serius.

Fenomena sama turut ditunjukkan dengan masalah kerosakan buah pinggang.Ia mengambil masa bertahun-tahun sebelum menunjukkan kesan kepada kesihatan.Bagaimanapun, anda perlu lebih berhati-hati dan segera mendapatkan pemeriksaan kesihatan jika anda mengalami tanda seperti:

-Ketidakselesaan atau rasa terbakar ketika membuang air kecil.
-Darah keluar bersama-sama air kencing.
-Perubahan pada kekerapan membuang air kecil.
-Sakit belakang.
-Kerap buang air kecil, terutama pada tengah malam.
-Bengkak pada pergelangan kaki.
-Sembap pada keliling mata yang berlarutan, terutama pada sebelah pagi.

Semua tanda di atas menunjukkan seseorang itu mengalami masalah kerosakan buah pinggang. Biasanya gejala ini dianggap perkara biasa dan sering diketepikan, sedangkan ia petanda penting kepada masalah buah pinggang.

Risiko kegagalan buah pinggang semakin tinggi dengan pertambahan umur.Setiap tahun dianggarkan 2,400 kes baru kegagalan buah pinggang dilaporkan dan kes baru di kalangan golongan berumur antara 60 hingga 65 tahun menunjukkan peningkatan 25 peratus.

Buah pinggang bertugas menapis darah dan membuang bahan toksik, sisa buangan dan air berlebihan dari badan.Kegagalan buah pinggang melakukan tugas penting ini boleh menyebabkan pesakit menemui maut jika rawatan penggantian buah pinggang tidak dilakukan. Namun, bukan mudah untuk mendapatkan buah pinggang baru dan kosnya pula sangat mahal; boleh mencecah RM300,000!

Justeru, perkara terbaik ialah menjalani pemeriksaan pengesanan. Ujiannya pula sangat mudah iaitu melalui ujian darah dan air kencing yang mengambil masa beberapa minit saja.

Selain dua ujian mudah ini, beberapa kaedah lain boleh digunakan, iaitu biopsi jarum halus dan ujian bagi tekanan darah tinggi dan kencing manis.

Kaedah terbaik untuk mengelak menanggung kos perubatan tinggi ialah kerap membuat pemeriksaan kesihatan untuk mengesan penyakit pada peringkat awal. Ujian saringan kesihatan ini sangat mudah dan keputusannya boleh diketahui segera.

Semua orang perlu menjalani pemeriksaan kesihatan ini, terutama mereka yang mempunyai sejarah atau ahli keluarga menghidap penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi, kerana mereka berisiko tinggi mendapat masalah kegagalan buah pinggang.

Kencing manis dan tekanan darah tinggi yang tidak terkawal juga antara punca utama kerosakan buah pinggang. Jika ini berlaku, bermakna pesakit terpaksa bergantung kepada mesin dialisis darah sepanjang hayat.

Saringan ini sangat mudah. Tiga parameter diukur iaitu tekanan darah, kandungan glukosa darah dan kandungan protein dalam air kencing. Jika air kencing menunjukkan ada protein, pesakit disaran menjalani ujian susulan untuk pengesahan kerana ia antara petanda awal kegagalan buah pinggang.

Masalah kegagalan buah pinggang yang semakin meningkat di kalangan masyarakat kita dipercayai akibat gaya hidup dan tabiat pemakanan tidak sihat yang boleh menjurus kepada penyakit kencing manis serta tekanan darah tinggi.

Kajian terbaru Universiti Sains Malaysia (USM) 2004 mendapati, rakyat Kelantan paling ramai menghidap kencing manis (78,000 orang) dan kebanyakannya adalah pesakit muda berumur 30 tahun.

Peningkatan sekali ganda sebanyak 13 peratus ini sangat merisaukan berbanding hanya 5.3 peratus 10 tahun lalu.

Kencing manis juga menyebabkan 95.3 peratus pesakit di negeri itu terpaksa kehilangan anggota badan yang kesemuanya berpunca daripada pengambilan gula berlebihan.

Jika anda turut mengamalkan gaya hidup tidak sihat, masih belum terlewat untuk mengubahnya.

Mulakan hidup baru dengan menjalani ujian saringan ini sebelum membuat pemeriksaan berkala sekurang-kurangnya setahun sekali.

Kegagalan buah pinggang juga boleh dicegah dengan mengamalkan:

-Pemakanan seimbang.
-Minum sekurang-kurangnya dua liter air sehari.
-Berhenti merokok.
-Makan ubat selepas mendapat nasihat doktor. Paling penting, elakkan ubat yang tidak perlu termasuk ubat untuk menguruskan badan.
-Kekalkan berat badan seimbang.
-Bersenam setiap hari sekurangnya-kurangnya 30 minit.

Sumber: rossacalla blog
............................................................................................................
Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

Jumaat, 19 Julai 2013

[GR SEMASA] ABBY SELAMAT BERNIKAH



Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

[GR SEMASA] BONUS HARI RAYA BAGI PEMANDU TEKSI ?

Pengguna teksi nampaknya terpaksa membelanjakan wang lebih apabila Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) merancang menaikkan kadar tambang pengangkutan awam itu.

Mengumumkan perkara itu semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, langkah itu bagi membantu pemandu teksi menghadapi kenaikan kos hidup.

Katanya, pemandu teksi kini menanggung kos operasi yang tinggi dan kenaikan tambang dapat membantu mengurangkan beban mereka.

"Dengan ini, saya harap pemandu-pemandu teksi mampu menikmati kualiti hidup lebih baik," katanya selepas menyerahkan 500 lesen individu kepada pemandu teksi di ibu pejabat SPAD di Kuala Lumpur.

Dalam sidang media selepas itu, Pengerusi SPAD Syed Hamid Albar berkata, cadangan menaikkan tampan itu memasuki peringkat terakhir, tetapi enggan mendedahkan jumlah kenaikannya.

....................................................................................

Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

[GR EBOOK] NEW LINK : PENDEKAR LAUT GENERASI 1-3


 DOWNLOAD

PENDEKAR LAUT GENERASI 1 : PART 1 | PART 2

PENDEKAR LAUT GENERASI 2 : PART 1 | PART 2
PENDEKAR LAUT GENERASI 3 : PART 1 | PART 2

 PASSWORD

zirahnamia.blogspot.com
..............................................................

Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

[GR TAHUKAH] RAHSIA: LIHAT PENYAKIT HANYA MELALUI JARI

Ketahui Penyakit Melalui Jari Anda

Rahsia Tanda -Tanda Penyakit Melalui Jari

Asas 5 Jari

Jari telunjuk : Usus
Jari tengah : Jantung
Jari Manis : Imuniti
Jari kelingking : Rahim/Tulang Belakang

Cuba anda lihat pada ruas jari-jari anda...Kalau ruas jari kehitaman tu maknanya badan kita ni penuh dengan racun dan toksik. Perkara tersebut boleh menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit.

Cuba periksa tapak tangan masing-masing...kalau tapak tangan berbintik maknanya ada masalah angin. Yang suka marah2 tu mungkin banyak angin dalam badan. Sebab itulah selalu rasa nak marah dan naik angin aje.

Masalah tapak tangan berpeluh atau lembab??? itu tandanya badan kita mudah diserang sel-sel kanser.

Jika perut ibu jari berwarna biru kehijauan maknanya seseorang itu mengalami masalah resdung, alergi, dan penyakit paru-paru. Sekiranya, perut ibu jari ada urat hijau kebiruan maknanya anda seorang pengidap gastrik.

Urat biru/hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan, sepanjang jari dan betis kaki maknanya seseorang itu mengidapi stress atau tekanan dalam kehidupan sehariannya..

Bagi seorang wanita, cara untuk mengetahui sistem dalaman perempuan anda ialah dengan melihat pada jari kelingking anda. Kalau jari kelingking anda meruncing atau bengkok, maknanya haid tak teratur, keputihan, senggugut, dan berkemungkinan rahim anda jatuh.

Cuba pulak tengok pada kuku setiap jari anda..Jika terdapat bulan sabit berwarna putih di setiap jari anda bermaknaanda mengalami hormon yang tidak seimbang. 
Sekiranya anda mempunyai bulan sabit yang berwarna putih itu hanya pada kuku ibu jari sahaja, itu menandakan anda seorang yang sihat..insya allah...

Jika Ada tanda-tanda seperti diatas berjumpalah doktor dengan kadar segera untuk kepastian.Usah biarkan diri anda diselubungi keresahan..nanti penyakit lain pulak yang datang. Walallahua'lam.

Sumber: Petua, Idea Dan Pandangan

Kredit: blog rossacalla.
..............................................................................................................................................
Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

[GR EBOOK] MAJALAH PC BULAN JULAI 2013


DOWNLOAD

MEDIAFIRE

PASSWORD

zirahnamia.blogspot.com

kredit: blog zirahnamia
.............................................................................................  

Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

Khamis, 18 Julai 2013

[GR KONGSI] FILEM PECAH (2013) BOLEH DISEDUT DAH

POSTER FILEM PECAH
REVIEW:
Bank CIMB Shah Alam simpan harta. Herman, Alan, Radi, dan Don sempat lari dengan wang. Namun Alan ditembak pengurus bank. Parah. Mereka sepakat ke hospital.
Rumah Seri Memori simpan warga emas. Bakar – sang penghuni dimamah dosa – tiba-tiba tumbang. Hilang sedar. Lidya – sang jururawat – dan Dr Vivian gegas bantu. Mereka sepakat ke hospital.
Hospital Tengku Ampuan Rahimah simpan nyawa. Alan di wad kecemasan. Bakar di wad lelaki. Herman-Don-Radi mahu cabut namun terbantut. Kereta kandas, sedang Inspektor Paul tiba pantas. Pintu pagar hospital dikawal, mereka perlu cari akal.
Herman-Lidya cinta hati. Dalam denyut debar Herman; di celah kerunyut gebar Bakar; satu-persatu kisah terpokah. Satu-persatu PECAH

 ULASAN:
 BANYAK review di blog-blog memaparkan rekasi yang positif dengan filem adaptasi novel ini. Jalan ceritanya kemas, menarik untuk ditonton sebagai sebuah aksi triller yang baik di Malaysia.

Bagi kaki novel Fixi, ianya pasti ditunggu-tunggu mereka. Namun novel dari penerbit yang boleh dikatakan indie (underground) ini mungkin agak janggal jika dibandingkan dengan novel terbitan lain seperti Karangkraf dan Alaf 21.

>>Laman web Fixi : KLIK SINI <<

Jika anda rasa nak membeli novel ini, dari web rasmi dikatakan novel ini SOLD OUT. Hasil tulisan Khairulnizam Bakeri ini boleh didapati dengan edisi Movie-Tie-In dengan harga lebih murah RM16.90
Review NOVEL >>KLIK SINI<<

KULIT BUKU PECAH
 MT telah blogwalking dan dapati filem ini dah mula boleh dimuatturun @ download @ sedut sekarang ni. Kat mana? Rajin-rajin la mencari yea..hehehehe

.......................................................................


Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

[GR RENYIH SIKIT] INILAH AKIBAT MEMAKAI SKIRT PENDEK

[RENYIH PAGI] AKIBAT MEMAKAI SKIRT PENDEK

Seorang perempuan berpotongan seksi dan cantik memakai skirt ketat
separas lutut dan sehelai blouse lengan panjang sedang berdiri
disebuah perhentian bas. Ketika itu ramai orang sedang memenuhi
pondok tersebut.

Apabila bas datang, perempuan tersebut mengalami kesukaran untuk
memanjat tangga bas dek kerana skirtnya yang ketat tersebut.

Setelah berfikir seketika akhirnya dia mengambil keputusan untuk
membuka sedikit zip skirtnya, namun masih gagal dan dia menurunkan
sedikit lagi zip tetapi masih sukar, akhirnya dia terus membuka
keseluruhan zip skirtnya kerana tiada apa yang perlu dibimbangkan
sebab bajunya dimasukkan kedalam skirt... namun dia masih juga
gagal memanjat tangga bas, sedangkan ramai orang sedang beratur
dibelakangnya.


Perempuan tersebut telah habis akal, sedang dia berfikir tiba-tiba
dia terasa ada tangan menolak punggungnya menaiki tangga bas, dia
menoleh dan didapati lelaki dibelakangnya yang melakukan perbuatan
tersebut.

Dengan nada lantang dia memarahi lelaki tersebut "Apahal ko pegang
punggung aku? gatal!"

Jawap lelaki tersebut "ko pun gatal jugak... yang pergi bukak zip
seluar aku tiga kali apasal?

................................................................................................

##Kesimpulan~jgn la duk pakai skrt pendek tambah2 bulan posa ni nooo.Naya tuuuuu


Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

[GR KENAPA?] APA PUNCA UTAMA KITA CEPAT BERASA LAPAR LEPAS MAKAN?

7 Punca Cepat Lapar Selepas Makan

Selalu cepat lapar?? Mesti ada penyebabnya ?? Pernahkah mengalami situasi berasa lapar kembali walaupun baru sahaja selepas makan. Makan berulang-ulang kali dalam kuantiti yang banyak boleh menyebabkan masalah obesiti dan menjejaskan kesihatan tubuh badan. Apakah punca yang menyebabkan masalah ini? Berikut dinyatakan beberapa punca yang menyebabkan kita berasa cepat lapar:

1) Minum terlalu banyak minuman manis
Hasil kajian daripadah University of California di San Fransisco mendapati bahawa kandungan gula boleh 'menipu' otak terhadap keinginan untuk makan lebih banyak. Ia menghalang hormon leptin daripada memberitahu otak bahawa kita telah mendapatkan makanan yang secukupnya.

2) Kerap makan makanan bertin
Makanan di dalam tin terdedah kepada bahan kimia sepertibisphonel-A atau BPA, yang turut mempengaruhi hormon leptin. Ia menyebabkan kita terdorong untuk makan berulang kali yang menjadi salah satu punca terhadap masalah obesiti. Kita boleh makan makanan bertin, tetapi elakkan daripada terlalu kerap.
Minuman Bergas
3) Sarapan pagi yang tidak mencukupi
Hasil kajian terhadap 6746 orang selama empat tahun mendapati bahawa individu yang mengambil 300 kalori ketika sarapan pagi akan meningkatkan pertambahan berat badan sebanyak dua kali ganda berbanding yang mengambil 500 kalori. Sarapan pagi yang tidak mencukupi akan menyebabkan kita makan berulang kali dalam kuantiti yang banyak sepanjang hari.

4) Tidak makan sayur-sayuran
Sayur-sayuran mengandungi pelbagai khasiat seperti serat, anti oksida dan nutrien yang membantu rasa kenyang tahan lebih lama. Serat dalam sayur-sayuran dapat membantu untuk sistem pencernaan. Nutrien seperti vitamin dan mineral pula mampu meningkatkan imunisasi dalam badan. Seeloknya pilih sayur-sayuran segar untuk dimakan bagi mendapatkan khasiat yang maksimum.

5) Tidak minum teh kurang gula
Minum teh kurang gula selepas makan akan membuat kita berasa lebih kenyang dan secara tidak langsung dapat mengelakkan daripada makan berulang kali dalam kuantiti yang banyak.

6) Kurang minum air putih
Kita perlu minum 8 gelas atau 2 liter air putih setiap hari, seeloknya minum air putih sebelum mengambil makanan. Kekurangan air dalam tubuh badan berpotensi untuk meningkatkan tahap kelaparan yang akan menyebabkan kita makan dalam kuantiti yang banyak. 

7) Kebosanan
Hasil daripada kajian penyelidik Flinders University, Australia mendapati bahawa kebosanan akan meningkatkan keinginan untuk makan lebih banyak dan lebih kerap.

<Sumber _ TryMasak>
kredit: blog rossacalla
.......................................................................................................................
Oooooo..ni la sebabnya yea. MT pon baru saja tau. So ilmu kena la share2 n sebarkan kan. Tapi yea la, mmg bila da habit tu, susah nk tinggalkan. Lepas makan je msti air ais jadi pilihan. Tambah2 yang manis

Apapun sama2 lita cuba latih diri untuk kurangkan habit yang xelok ini k. Aminnn :P
...................................................
Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

Rabu, 17 Julai 2013

[GR AUTO] TIPS PEMILIHAN TAYAR

Pertanyaan yang diajukan
Guest salam bro
Guest ade tip nak wat servis & penjagaan taya kete X?
Guest boleh tau caner nk tukar taya kete 2 biji botak bleh ker X?
Jawapan kamiThanks pada Guest ( tah tak tau nama pun) sebab bertanya.. Berkenaan tayar tu saya cuba kongsi sedikit pandangan seperti di bawah..
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Tip-tip Servis & Pilih Tayar Kereta
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Faktor pemilihan tayar
Penting sekali memilih tayar yang bersesuaian dengan keupayaan kereta..
Tayar seperti michelin, yokohama, falken lebih lembut kerana, tayar tersebut dibuat berdasarkan iklim sederhana yang kurang panas dan apabila digunakan di Malaysia yang cuaca panas terik, tayar tersebut akan mempunyai jangkahayat yang pendek (cepat habis bunganya). Untuk penggunaan biasa boleh guna tayar Dunlop, Silverstone dan Good Year sudah kira ok.Kalau boleh cuba elakkan Sime Tyre.. jika mahukan yang lebih baik boleh cuba Continental( sekarang satu kilang dengan Silverstone),Bridgestone,Toyo ataupun Michelin.. tapi harga dia mahal sikit..

Faktor bising senyap tahan atau haus bergantung kepada cara pemanduan dan jenis kereta Kebisingan tayar adalah bergantung kepada bunga tayar. Lebih senyap sesuatu tayar, maka lebih rapat bunga tayarnya dan tidak sesuai untuk permukaan jalan yang basah. Lebih bising tayar, lebih mencengkam dan sesuai pada permukaan yang basah. Jadi kalau kita hendakkan tayar yang senyap, kita terpaksa lebih berhati-hati semasa hujan


1) Tayar jenis Silverstone Powerblitz, Goodyear Eagle GA, dan Sime tyre Astar merupakan jenama tayar yang biasa digunakan oleh kenderaan kecil. Ia agak berpatutan dan bunganya kelihatan bersegi empat. Sesuai untuk pemandu biasa yang tidak memandu laju atau terlalu ekstrim. Jenis tayar ni keras juga membuatkan tayar ini boleh tahan agak lama.

2) Tayar agak mahal harganya tapi tak boleh pandu laju ketika hujan adalah tayar jenis semi slick seperti Yokohama Advan Neova, Bridgestone Potenza G3, Falken Azenis, Pirelli P7, Michelin Pilot Sport, dan Toyo T1R.

3) Jika tak kisah pasal keselesaan dan perlukan tayar yang mampu meneruskan perjalanan dengan lancar ketika hujan, tayar seperti Silverstone FTZ Evol 8, Goodyear Eagle F1, Kumho Escta 712 dan Yokohama Prada.

_______________________________

1) Jangan gunakan tayar yang telah tamat tempoh.
Semak catatan tarikh tayar dikilangkan.
Sebelum membeli tayar di kedai tayar seharusnya anda membelek tayar yang nak di beli itu..Mengikut piawaian tayar antarabangsa, tayar hanya boleh bertahan selama 2 tahun selepas di kilang (selepas tempoh itu getah tayar akan mati (keras) dan tidak selamat digunakan). Saya beri contoh nombor 0811 bermaksud tayar tersebut di kilang pada minggu ke 08 tahun 2011 ( 0811 = Bulan Feb, Tahun 2011 tayar tu dikilangkan) dan tarikh expired tayar tersebut jatuh pada 08 tahun 2013...Dalam satu tahun lebih kurang ade 48 minggu -kalau tayar itu tulis 52 minggu jangan beli..... Jadi sekiranya kita dapat ada kedai yang menjual tayar dengan harga yang luarbiasa murahnya, cuba periksa tarikh tayar tersebut , mungkin tayar tersebut adalah tayar yang telah tamat tempoh penggunaannya.Kegunaan tayar bergantung kepada tempoh hayat tayar dan millegae tayar. Walau pun bunga byk tapi klu dah guna lebih 2 tahun wajar ditukar sbb getah dah keras..
_______________________________

2) Jangan pakai tayar terpakai toreh semula.
Tayar toreh dibuat secara haram dan tidak mengikut sebarang piawaian. Ia dikenali sebagai ‘industri belakang rumah’. Tanpa pengawasan dan pemeriksaan terhadap keselamatan dan kualitinya,
Tahap kakisan tayar ini telah melebihi had rekaan pengeluar. kerajaan telah memutuskan untuk menyaman pemandu-pemandu yang menggunakan tayar toreh.
_______________________________
3) Jangan gunakan tayar berlainan model pada setiap sisi.
Bila kita campur jadi rojak tayar tersebut nanti tak boleh rasa kesan tayar sebenar bila memandu..Setiap model tayar berlainan fungsinya, termasuklah kesan tahap cengkaman pada jalan raya.. Jadi kurang sesuailah jika kita mengunakan model tayar berlainan jenis pada setiap sisi kereta..Ramai org suka tukar tayar 2 biji (biasa depan)... harus di ingat setiap jenis tayar di buat dgn charector nyer sendiri... dan corak bunganya pun tak sama.... So, kalau nak tukar pilih yg sama brand.. atau tukar semua.. 
_______________________________

4) Pastikan ukuran tayar tidak melebihi had pengeluar.
Roda yang terlalu besar menyebabkan keupayaan berhenti menjadi rendah.Penggunaan rim yang terlalu besar dan berat sebenarnya tidak sesuai untuk kenderaan. Mereka hanya dibenarkan menukar kepada satu saiz lebih besar, misalnya daripada saiz 13 inci kepada 14 inci. Ini kerana, walaupun nampak menarik, ia memberi kesan kepada putaran roda luaran menyebabkan pergerakan tayar kenderaan dan pick-up jadi perlahan manakala tekanan lonjakan juga terjejas.

_______________________________


5) Jangan guna rim yang bengkok untuk tayar kereta anda
Rim yang rosak pada bahagian sisinya boleh menyebabkan kebocoran angin secara perlahan. Bukan disebabkan tayar terkena objek tajam.
_______________________________

6) Jangan mengunakan tayar yang bunganya sudah botak/ haus.
Ia boleh menyebabkan berlakunya aquaplaning, situasi apabila lapisan air di atas jalan raya lebih 'tebal' berbanding bunga tayar.Ia akan membuatkan tayar 'terapung', hilang cengkaman serta kenderaan tidak dapat dikawal oleh pemandu.

_______________________________

7) Jangan guna tayar benjol / bengkak
Tayar benjol / bengkak mengalami kerosakan serius yang boleh mengundang bahaya... nasihatkan tukar dgn kadar segera kerana dikhuatiri tayar tu boleh pecah. Punca tayar bengkak ni ialah Logam yang didalam tayar anda tersebut telah bengkok.. anda selalu sangat melanggar lubang yang berada diatas jalan raya.So berhati-hati sikit bila jalan kat tempat berlubang..
_______________________________
Tekanan Angin Tayar
Jangan lupa periksa tekanan tayar sekurang-kurangnya dua kali sebulan. Tekanan tayar boleh dilihat pada pelekat yang lazimnya diletakkan di bahagian pintu pemandu sebagai rujukan. Jangan pam tayar lebih tinggi daripada had yang disyorkan. Jangan pula biarkan tekanan angin tayar berada di bawah paras yang dicadangkan. 

**** Mengikut tekanan angin yang dicadangkan tayar hadapan 210 dan belakang 190 kPa.
So tengok meter dekat pum angin tu. Tekan butang "+" atau "-" .
 Butang yang hujung sekali belah kanan hanya untuk tayar kempis sahaja.Sentiasa pastikan angin tayar betul.Lepas dah set just cucuk je tayar tu. Senang je. Tunggu sampai bunyi beep2 (selalunya akan ada bunyi kalau tekanan angin dah cukup seperti yang dah di set) " kalau ada pressure gauge sendiri lebih baik.. (beli yg bentuk mcm pen tu murah jer..)presure tester menunjukkan sampai aras "3" tekanan angin tayar dikira mencukupi..


Tekanan angin di dalam tayar juga menyebabkan tayar kenderaan kita tidak tahan lama, seperti tekanan berlebihan boleh menyebabkan tayar cepat haus di bahagian tengah tayar dan jika tekanan angin telalu kurang menyebabkan tayar akan cepat haus di kedua dua bahagian sebelah luar.
Sekiranya haus di bahagian luar sahaja tayar tu terlalu mencapah dan jika haus di bahagian dalam tayar mencapah keluar.. Ini perlu buat alligment tayar balik..Tetapi jika tayar bunganya haus tak sekata ( turun naik) Berkemungkinan absober dah rosak..
_______________________________


Buat alignment Tayar
Teknik dimana dua tayar di depan diselaraskan utk sama rata masa driving (maksudnya lurus kedepan) dan tayar belakang pula sama lurus dgn tayar depan supaya serentak semasa on the road. 
Ada dua jenis iatu castor dan camber
 
1) castor yg pakai mesin pastu dia tembak light antara kedua tayar supaya selari lepastu dia adjust nut utk bagi selaras balik.
 
2) camber pulak pula adalah teknik tambah screw di absorber utk bagi pemberat kpd tayar
kalau tgk tayar kereta kangkang semacam tu haa kena buat camber la tu. Nak tau bila kena buat wheel alingment? Kalau kita lepas steering then kereta kita ke kanan or kekiri.. haa tu kena buat alignment la tu(tapi tanya mekanik la dulu maybe ada sbb lain)
 kalau tak buat ada effecnya akan berlaku
-tayar botak tak sekata

-jalan kena selalu pegang steering
-memastikan sentuhan tayar di jalan raya dalam keadaan sudut yg sepatutnya. 
**** Adalah disarankan setiap 3,000 - 5,000 km buat alignment sekali.

_______________________________


Buat balancing tayar 
bawak kereta steering gegar.. pegi kedai tayar mintak buat balancing sbb tayar kita berpusing tak seragam. means tak smooth la.kalau tak nak buat?steering akan sentiasa bergegar.. tangan nak pegang pun penat.
**** Adalah disarankan setiap enam bulan.
_______________________________


Buat Rotation Tayar
Selain daripada itu, keperihatinan kita terhadap tayar juga perlu, supaya jangkahayat tayar kenderaann kita lebih lama, maka secara tidak langsung akan menjimatkan 'poket' kita, seperti amalan membuat pertukaran silang tayar setiap 5000km..
Semua rotation ini bergantung kepad jenis kereta, sistem pacuan dan sistem suspensi kereta. 

Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment atau Chart Room.. Tq..

pada tayar kereta akan ade tertera maklumat2 seperti kelebaran, jejari, keupayaan, minggu dan tahun ia keluarkan..rase2 korang taw x yg info2 ni ade kat tayar kete korang? hehe..mula2 kite check tayar kita adalah masih dlm keadaan baik iaitu masih belum expired la kate org putih..mcmane nk tentukannya? pd tepi bahagian tayar akan ade kod tin kod TIN (DOTXXXXXXX2610) focus pada 4 nombor akhir '2610'. Nombor '26' bermaksud minggu yg ke-26 dan '10' bermaksud tahun 2010..dalam erti kata lain..tayar itu dikeluarkan pada minggu ke-26 dalam tahun 2010..paham? dan sila ambik perhatian jangka hayat sesuatu tayar adalah 5 tahun sahaja.

maksud kod yg ade pada sisi tayar contoh : 175/70R14 82H. ni bukan nombor ekor ye..korang jgn pandai2 gi tikam plak nombor nie..hehe..kod '175' adalah kelebaran tayar. Ia diukur dalam ukuran milimeter. so makin besar nombor tu, bermakna makin lebar la tayar tersebut.

angka '70' pula adalah ketebalan tayar tersebut..ade org suka jenis tayar yg nipis sbb lebih nampak cantik ade plak suka tayar yg lebih tebal. jadi angka inilah yg dijadikan sebgai rujukkan dalam pemilihan ketebalan tayar. Huruf 'R' merujuk kepada binaan tayar radial dan ke semua tayar kereta menggunakan binaan radial sejak 20 tahun lalu. Dan untuk angka '13' adalah untuk mewakili saiz tayar. contoh angka 13 bermakna ianya bersaiz 13inci. angka ini juga pening dalam pemilihan rim yg sesuai untuk digunakan.

seterusnnya angka '82'. Nombor 82 melambangkan indeks keupayaan mengangkut berat tayar itu. Untuk mengetahui berat maksimum berlambangkan nombor '82' kami perlu merujuk kepada carta "Indeks Keupayaan Mengangkut Berat Tayar" yang ditetapkan di peringkat antarabangsa.

Dan yg terakhir huruf 'H'. Ia mewakili kelajuan yg mampu ditampung oleh tayar tersebut. Sebagai contoh H adalah membawa maksud ia bole mencapai dan kekal pada kelajuan 210km/j..laju tu~ hhehhe..lihat senarai huruf2 yang biasa digunakan pada tayar:

- S - 180 km/j
- T - 190 km/j
- U - 200 km/j
- H - 210 km/j
- V - 240 km/j
- Z - melebihi had laju 240 km/j
- W - 270 km/j
- Y - 300 km/j



**manakala untuk huruf ZR pula ia mempunyai keupayaan untuk mengatasi kelajuan 270km/j.

sumber:cikaicikui blog

Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

Arkib Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...