HAHAHA...sebenarnya jarang sekali kita menyaksikan di portal berita Malaysiakini memaparkan isu berkaitan sukan. Portal ini lebih dekat di minda kita sebagai portal dengan berita bercorak politik semasa tanah air. Mungkin kerana merasakan musim Euro yang menyerang negara ketika ini dan portal ini perlu mendekati jiwa pembacanya, maka tetiba wujud juga la entri berita berkaitan Euro 2012
Namun malangnya penulisnya Abdul Rahim Sabri telah membuat ulasan yang tidak sahih. Mungkin dia lupa ramai juga fan Belanda di negara kita ni yang akan mempertikaikan keahihan berita melibatkan team diorang jika silap je....Apa lagi, pakat ramai la mula memberi komen..hahaha...amik la kau!!hahahah.
Artikel berita merupakan ulasan perlawanan kedua kumpulan B pagi tadi yang menyaksikan Belanda tewas kali kedua. Penulis telah menyatakan dalam tajuknya "BELANDA TERKELUAR' dan sekali lagi menegaskan dalam ulasannya bahawa Belanda menjadi pasukan pertama terkeluar dalam edisi Euro kali ini.
Namun pada dasarnya Belanda masih mampu mara ke peringkat seterusnya seandainya mencatatkan kemenangan ke atas Portugal dan Jerman berjaya menewaskan Denmark dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan. Ini akan menjadikan Jerman mengumpul mata maksima 9 mata manakala 3 pasukan lain mengumpul mata sama (3 mata) dan akan diadili menerusi perbezaan jaringan.
Berjaya atau tidak..kita saksikan nanti>>> :P
Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715
Tiada ulasan:
Catat Ulasan