Terbaik Sepanjang Minggu

Sabtu, 23 Jun 2012

[GR FILEM] BERHUJUNG MINGGU BERSAMA MAEL LAMBUNG


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Berdurasi 1jam 30minit filem yang diangkat dari karektor dimainkan Zizan Raja Lawak dalam Maharaja Lawak & Apa Ke Der? ini mampu sebenarnya menjadi filem pilihan untuk merehatkan minda dan berketawa di hujung minggu bersama-sama keluarga atau rakan.

Namun bagi MT yang telah menyaksikan filem ini, seandainya terdapat watak Ah Chong yang dimainkan Johan mampu mewarnakan lagi filem ini memandangkan kedua-duanya mempunyai persefahaman yang jitu baik secara peribadi atau watak Mael Lambong dan Ah Chong itu sendiri bagi membangkitkan mood penceritaan. Tambahan kedua-dua watak itu amat dekat dengan jiwa penonton kerana sering dijadikan bahan tontonan Jozan.

Melalui filem Mael Lambung ini, tidak dapat dinafikan kehebatan Zizan membawa watak Mael lambung dengan baik. Memandangkan ianya adalah watak ciptaanya juga maka ianya tidak menjadi satu masalah melakonkan dengan berkesan dan bersahaja. Dalam filem yang mempunyai penceritaan mudah namun mampu membuatkan anda ketawa sehingga akhir filem, masih terdapat sindiran-sindiran dalam setiap bahan lawakan seandainya anda mmpu berfikir sejenak. Istilah-istilah komputer seperti software telah dijadikan double meaning yang baik bagi maksud lain yang tidak sesuai dinyatakan secara terbuka.

Secara keseluruhannya filem ini bagus untuk ditonton bagi mereka yang ingin mencari filem yang kelakar. Lawaknya mudah difahami dan mampu membuatkan kita ketawa. Jadi tontonlah Mael lambung hujung minggu ini ok
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...