SEMUA sedia maklum. Semua kaki bola atau tidak amat tahu atau sekadar tahu. JUMAAT yang lalu merupakan hari Jumaat yang amat dinantikan kaki bola. Sebabnya? Pertama, malam tu la perlawanan persahabatan yang dinantikan Ultras Malaya, Malaysia bertemu jiran @ musuh ketat, Singapura. Keduanya, malam itu jugalah bermula sepak mula EURO 2012. Pendeknya bermulalah pesta kaki bola selama sebulan. Bermulalah demam bola....
Bagi aku? Aku benar-benar demam...huhu. Bukan lagi demam kerana keterujaan untuk meyaksikan EURO. Namun demam yang benar-benar...bukan cobaan... Hingga Isnin jugalah baru aku betul-betul bebas dari belenggu demam tu. Aku menghabiskan cuti hujung minggu dengan si demam yang begitu setia.. Terima ajelah... Hilang keterujaan EURO...Semuanya tertimbus tewas pada kehendakNya yang mengatur segalanya.Kita merancang dia Maha merancang, kita cuba mengatur tapi aturanNya mendahului segalanya
Persahabatan Malaysia Singapura
Buat skuad negara sekalung tahniah juga harus diberikan walau sekadar seri 2-2 menentang pasukan import Singapura. Apapun lakukan yang terbaik di bumi Shah Alam nanti. Jadikan segala kekurangan perlawanan itu sebagai panduan berguna. Dalam bolasepak, segalanya boleh berlaku selagi 90 minit belum ditamatkan.
Bagi aku sendiri sebenarnya masih tercari-cari sebab utama yang kukuh sepakan percuma di dalam kotak penalti diberikan kepada Singapura setelah sepakan penalti berjaya diselamatkan Apek.Ummmmhhhh???
EURO 2012
Dalam keadaan yang lemah tu sempat juga aku menjeling sekejap-sekejap menyaksikan perlawanan pembukaan tuan rumah bersama Poland bertemu Greece dan perlawanan-perlawanan lain. Yeala, badan tak sihat ni mudah sungguh terjaga. Sekejap-sekejap terjaga..Pi mai pi mai layan jugakla bola akhirnya... :P
Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715
Tiada ulasan:
Catat Ulasan