Terbaik Sepanjang Minggu

Jumaat, 29 Jun 2012

[GR INFO] SIAPAKAH PELAKON POPULAR BERSAMA TUAN GURU NIK AZIZ INI?


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Pelakon terkenal Hairie Othman akan menyertai PAS dan akan menyerahkan sendiri borang keahliannya kepada mursyidul am parti Datuk Nik Aziz Nik Mat esok, kata Pemuda PAS Johor.

Ketuanya Suhaizan Kaiat berkata, penyerahan borang oleh hero filemLeftenan Adnan itu akan diadakan di Kempas, Johor Bahru dalam Himpunan Hijau PAS peringkat negeri.

"Pemuda PAS Johor mengharapkan kehadiran Sdr Hairie ke bumi Kempas akan membuka cahaya kepada artis-artis yang lahir atau dibesarkan atau mempunyai keluarga di bumi Kempas dan sekitarnya untuk bersama dengan perjuangan Islam PAS," katanya.

Menurut Suhaizan, bumi Kempas dan sekitarnya menyaksikan kelahiran banyak artis popular seperti pelawak Azli Senario, pemuzik Man Kidal, pengacara Linda Onn dan pelakon Faizal Hussin.

Sementara itu, menurut Suhaizan, Himpunan Hijau peringkat negeri Johor akan diisi dengan program ceramah serta jamuan bersama Nik Aziz dan masyarakat bukan Melayu.

Kebanyakan pimpinan tertinggi parti itu dijadual hadir. Jawatankuasa program menjangkakan kehadiran lebih daripada 10,000 orang termasuk anak muda. 

"Kahadiran Sdr Hairie Othman bakal menarik lebih ramai anak muda hadir dalam himpunan ini," katanya.

>> sumber:Malaysiakini
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...