Terbaik Sepanjang Minggu

Isnin, 25 Jun 2012

[GR HOT] APA KES USTAZ AZHAR IDRUS SEHINGGA DIPANGGIL ASTRO??

PENDAKWAH TERKENAL yang amat diminati anak muda, Ustaz Azhar Idrus (UAI) baru-baru ini telah dipanggil oleh Astro. Kenapa? Apa yang telah dilakukan UAI sehingga beliau dipanggil untuk mengadap ASTRO?

Rileks...janga panik. Sebenarnya berita gembira buat kita semua. Jika sebelum ini kita perlu menuggu dan menanti bila kita dapat bersama di dalam majlis beliau, atau bila la penjual CD nak jual CD baru ceramah beliau..namun kini semau itu tidak lagi menjadi masalah. Aik...kenapa pula?

Setelah beliau berjaya  menarik anak muda dengan menyuntuk humor dan hiburan sederhana dalam kuliahnya selain Buku Soal Jawab Bersama UAI mencatat rekod jualan amat membanggakan beliau terus melangkah jauh. Kini beliau telah diberikan segmen khas oleh ASTRO untuk muncul di kaca TV. Memang berita yang amat baik menyusuli pendakwah lain seperti Ustaz Kazim, Ustaz Don, Ustaz Akhil Hayy, Ustaz Zulkarnain dan beberapa pendakwah lain.


Ok...jangan lupa semua untuk bersama-sama Ustaz Azhar di ASTRO OASIS (SIARAN 106) bermula 3 JULAI 2012 setiap SELASA, RABU & KHAMIS pada 7.30 MALAM & yang terlepas jangan risau, siaran ulangan jam 11.00 malam.

Terima kasih kepada pihak Astro kerana memberikan ruang dan peluang pendakwah yang dikaitkan pro PAS ini dan lain-lain untuk menyampaikan dakwah mereka. Untuk berdakwah seharusnya kita tidak melihat kepada warna parti mereka tapi ilmu yang dibawa mereka ini untuk mendidik masyarakat mampu diterima dengan baik

Tahniah Ustaz Azhar..Tahniah Astro Oasis !!!
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Buat UMNOSS...yang sering mencaci UAI..sering mengutuk UAI dengan mengatakan beliau sesat, beliau kaki perempuan sehingga kini, henti-hentikanlah perangai buruk itu. Bukan sekali dua beliau berceramah, jika beliau sesat dan menyesatkan, semestinya beliau telah lama ditahan Jabatan Agama Islam atau ditegur oleh alim ulama yang lain. Jangan kerana bila ulama berada di bawah bendera hijau, semua ulama itu sesat.

Setiap kali beliau berceramah, berduyun-duyun orang ramai hadir. ribuan bahkan puluhan ribu hadir. Adakah tiada seorang pun dikalangan puluhan ribu ini melaporkan dan sedar seandainya beliau sesat? Takkan juga kesemua yang hadir dibayar oleh parti pembangkang untuk hadir?
Orang ramai baik anak muda kini sudah kembali menyanjung ulama terutama hasil pendekatan yang telah ditunjukkan ulama  semakin ramai yang berminat menghadiri majlis ilmu, Alhamdulilah seharusnya kita bersyukur bukan mengeji.

Buktikan terlebih dahulu beliau kaki perempuan seperti anda dakwa daripada terus menyalak sepanjang hari tanpa bukti. Hormatilah pendakwah!!

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...