Terbaik Sepanjang Minggu

Rabu, 13 Jun 2012

[GR SUKAN] TAHNIAH HARIMAU MALAYA !!

PERSAHABATAN KEDUA BOLASEPAK 12/6/2012

STADIUM SHAH ALAM

MALAYSIA vs SINGAPURA
2   -   0

TAHNIAH...TAHNIAH...TAHNIAH...& TAHNIAH !!!

TAHNIAH & TERIMA KASIH semua pemain Harimau Malaya kerana telah menghadiahkan kemenangan kepada penyokong anda..Sekurang-kurangnya ianya memberi sedikit harapan kepada kami untuk yakin akan kemampuan skuad ini mempertahankan Piala AFF

Perlawanan tersebut menyaksikan Rajagobal melakukan sedikit kejutan apabila mempertaruhkan Shakir Ali mengambil posisi Safee Sali sebagai kesebelasan utama. Kepercayaan itu tidak disia-siakan apabila penyerang muda itu berjaya memecah tambak Singapura melalui tandukan ke belakang hasil lambungan cantik Mat Yo.

Separuh masa pertama menyaksikan Malaysia terus mendominasi perlawanan dengan mengatur serangan demi serangan namun tidak berjaya menemui penyudah. Memasuki separuh masa kedua, Kapten negara, Safiq Rahim mempamerkan kehebatan sebagai pakar sepakan percuma skuad negara apabila berjaya menjaringkan gol kedua negara.

Kemenangan ini telah menamatkan badi kemenangan ke atas pasukan Singa iitu



Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...