ADEHHHHHH!! Sekali lagi aku start entri dengan keluhan. Bila badan akan pulih sepenuhnya pun aku x pasti. Selsema, batuk dan sedikit2 bisa2 demam masih terasa. Memang musim demam sekarang ni. Banyak petua yang diberi dan dicari namun setakat banyak mana yang berkesan atau yang uaya aku cuba keberkesanannya, aku pun x pasti. Yang pasti muzik batuk saling tingkah bertingkah dalam ofis aku, membentuk irama yang tidak ketahuan, menendang gegendang telinga bermula waktu hingga habis waktu pejabat menandakan ramai yang mengalami simptom x sihat seumpama aku.
Cuaca kering panas diselang seli hujan ditambah pula sedikit berjerebu memang mudah untuk menjadikan badan kita kurang bermaya. Hal ini yang mengakibatkan ramai mudah dijangkiti demam. Bermula ibu atau ayah atau bermula anak-anak akhirnya berjangkit satu keluarga. Berbondong-bondong seisi keluarga menghadiri rumah terbuka di klinik-klinik berhampiran. Tokey2 klinik tersenyum melihat sambutan luar biasa yang bermusim ini. Bukan selalu klinik aku nak penuh seperti ni. Boleh la aku beli itu ini selepas ni,rezeki lebih ni...mungkin tu yang difikirkan si tokey perubatan ni.hehehehe
SUKARELAWAN GEORGETOWN HERITAGE FESTIVAL 2012
Satu perkara yang aku nak kongsikan di sini ialah berkaitan negeriku Pulau Pinang. Mungkin ada yang tahu atau sebaliknya bahawa dalam bulan ni bermulalah sambutan GEORGETOWN FESTIVAL 2012 di sekitar Georgetown.
Pelbagai acara telah dirancang dan bakal dijalankan. Antaranya bercorak Muzikal, Pementasan Opera, Teater, Filem, Tarian dansebagainya bagi memeriakan festival ini. Maklumat lanjut berkaitannya anda dapat saksikan sendiri di laman rasmi >> GEORGETOWN FESTIVAL 2012
OK..dalam masa yang sama bagi memastikan segalanya berjalan lancar, pihak pengurusan festival sendiri telah membuka pendaftaran kepada orang ramai yang berminat untuk menyumbang tenaga sebagai SUKARELAWAN di festival tersebut. Pendaftaran boleh dibuat di >> SUKARELAWAN GEORGETOWN FESTIVAL.
Aku sendiri telah daftar sebagai sukarelawan dan telah dapat email maklumbalas.
Menurut email tersebut, terdapat dua acara yang amat diperlukan sukarelawan segera iaitu pada 19 Jun 2012 (ILSA TARI) DAN 23 & 24 Jun 2012 (MALAM MELAYU). Jadi kepada mereka yang berminat dalam kerja kesukarelaan, jom kita setai dan jumpa di sana!!
...................................................................................................................................................................
LAWATI :
LAMAN RASMI GEORGETOWN FESTIVAL >> GEORGETOWN FESTIVAL 2012
PENDAFTARAN SUKARELAWAN >> SUKARELAWAN GEORGETOWN FESTIVAL.
LAMAN RASMI GEORGETOWN FESTIVAL >> GEORGETOWN FESTIVAL 2012
PENDAFTARAN SUKARELAWAN >> SUKARELAWAN GEORGETOWN FESTIVAL.
Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715
Tiada ulasan:
Catat Ulasan