Terbaik Sepanjang Minggu

Jumaat, 8 Jun 2012

[GR SUKAN] PERSAHABATAN SINGAPURA vs MALAYSIA



BUAT Supporter Harimau Malaya jangan lupa malam ini janji temu kita secara LIVE perlawanan antara skuad kebangsaan dan jiran kita, Singapura sebelum kita layan EURO awal pagi nanti.

Walaupun sekadar perlawanan persahabatan namun perlawanan kelas A ini dianggap sebagai salah satu pertemuan yang akan menentukan hala tuju skuad Rajagobal ini. Selain itu, tahap keupayaan pemain dan keserasian antara pemain dalam skuad ini akan teruji setelah sekadar terikat 1-1 dengan skuad Filipina dalam aksi persahabatan terdahulu. Kelemahan yang dipamerkan dalam perlawanan itu dapat kita lihat samada berjaya diatasi Rajagobal atau tidak.

Pertemuan terakhir dalam kelayakan piala dunia yang lalu menyaksikan kita tewas dengan jumlah jaringan yang bolehlah dikatakan besar dan seterusnya telah menyingkirkan skuad negara dari kancah saingan kumpulan bagi Kelayakan Piala Dunia. Ianya sekaligus juga menyaksikan kedudukan ranking negara menjunam jatuh dan kesukaran skuad negara untuk megadakan persahabatan dengan negara-negara yang lebih baik. Beberapa pasukan yang berkelas A juga telah membatalkan perlawanan persahabatan dengan skuad negara selepas kegagalan itu.

Kita juga ingin menyaksikan kembali sentuhan berbisa jutawan bolasepak negara, Safee Sali dalam merobek gawang Singapura dan kawalan permainan yang lebih baik dari para pemain. Mampukah skuad negara kembali bangkit dan seterusnya menewaskan jiran bising kita ini? Sama-sama kita saksikan malam ini !!!


  Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...