Terbaik Sepanjang Minggu

Isnin, 14 Januari 2013

[GR INFO SUKAN] New I-mobile Stadium : Stadium bolasepak berciri Inggeris di Asia Tenggara

New I-mobile Stadium (Thunder Castle Stadium) merupakan sebuah stadium bolasepak yang terletak di Buriram, Thailand. Ianya merupakan gelanggang tuan rumah kepada kelab Liga Perdana Thai, Buriram United.


Dibina pada tahun 2010, stadium ini dilihat unik kerana ianya mengambil ciri-ciri stadium Inggeris dalam rekabentuknya. Sangat jarang kelihatan lebih-lebih lagi di rantau Asia Tenggara. Stadium ini mempunyai 24,000 tempat duduk dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan setanding dengan stadium di Eropah.


Hasil daripada pelaburan pembinaan stadium ini, Buriram United telah berjaya memenangi Liga Perdana Thai pada tahun 2011 seterusnya beraksi di pentas tertinggi Asia, AFC Champions League. Populariti Buriram United juga semakin meningkat naik dengan pertambahan jumlah penonton dari semasa ke semasa.

THUNDER CASTLE kebanggan rakyat Thailand

MEWAH kerusi pemain juga eksklusif

PEMINAT cenderahati untuk peminat sedia menanti

OLD TRAFFORD ASIA umpama berada di England menyaksikan EPL

MEDIA ruangan kas disediakan

SELESA ruangan istirehat yang selesa buat pemain

 KEHADIRAN stadium seumpama ini menunjukkan keseriusan negara Gajah Putih itu dalam meningkatkan mutu bolasepak negara itu. Bagaimana pula negara kita Malaysia?

.............................................................
Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...