ANTARA yang menjadi kolum dalam akhbar dua tiga hari ini seandainya korang baca suratkhabar la, ialah berkaitan penutupan bilik gerakan di negeri Johor yang terkenal dengan kekebalan UMNOnya di situ. Andai penutupan itu melibatkan pembangkang, ianya tidak menjadi isu namun ianya sebaliknya.
jika dibaca, sebabnya..atau antara sebabnya( tak semestinya satu sebab ja kan) ialah ketidakpuasan hati yang timbul di kalangan penduduk kampung setinggan di kawasan tersebut kerana belum mendapat hak tanah yang telah dipohon sekian lama. Kekecewaan diluahkan lagi kerana ianya melibatkan penduduk Melayu. Lebih kurang gitu la yea..kalau diikutkan Sinar Harian la (paper ni ja leh caya cikit laporan ..hehe)
Ummhhh...Jika sebelum ini heboh tanah Melayu diperkotak katikkan oleh pemerintah negeri di Pulau Pinang, kini ianya terjadi pula dio Johor. Jika di PP Ketua Menterinya berbangsa Cina namun malangnya di Johor Menteri Besarnya ialah Melayu. Aiiihhh....takkan Melayu tak leh bantu Melayu kot? Sedangkan di PP sampai satu Malaysia pakat duk teriak kononnya prihatin dengan orang Melayu di sana, tup tup jajahan wilayah sendiri pon tak terjaga ka..Adoyaiii!!
Catatan :- Megat Terawis =P
"Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715
Tiada ulasan:
Catat Ulasan