Terbaik Sepanjang Minggu

Jumaat, 11 Januari 2013

[GR PENANG] KISAH BANDUAN LOLOS VERSI ORANG KAMPUNG

Panas: "Penduduk Keliru", Kenyataan Polis Berbeza Dengan Apa Yang Mereka Saksikan Di Depan Mata !!

Sekadar Berita Tambahan..Dari Orang Kampung!!

BUTTERWORTH, 10 Jan - Orang ramai terutamanya pada penduduk kampung Padang Ibu, Guar Perahu, Kubang Semang dan sekitarnya dekat sini keliru dengan kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar yang mendakwa berlakunya tembak-menembak sehingga menyebabkan polis terpaksa membunuh salah seorang penjenayah terbabit hari ini.

Ia berikutan ada beberapa orang saksi yang melihat kejadian itu mendakwa salah seorang penjenayah yang ditembak di tali air Kg.Padang Ibu dekat sini sebenarnya telah ditembak oleh anggota Unit Tindakan Khas (UTK) ketika dia keluar dari kereta Proton Perdana yang terbalik untuk menyerah diri. Dalam kejadian itu, UTK dikatakan melepaskan beberapa das tembakan mengenai tubuhnya.

Namun, dalam kenyataa media yang dikeluarkan oleh polis hari ini mendakwa polis melepaskan tembakan pada tayar kenderaan terbabit hingga ia terbabas dan terhumban ke dalam sungai (walhal tali air) kemudian berlakunya tembak menembak. Kenyataan itu jelas sekali sesuatu yang tidak masuk dek akal kerana dipercayai penjenayah berkenaan tidak bersenjata.

Malah ketika mereka melarikan diri dari tahan polis ketika dibawa ke mahkamah baru-baru ini pun mereka hanya menggunakan "serbuk lada (kari)" terhadap anggota polis terbabit. Maka, mana mungkin mereka boleh melepaskan tembakan sedangkan ketika itu tercedera akibat kereta terbabas. Menurut saksi kejadian, memang ada bukti salah seorang penjenayah berkenaan cuba menyerah diri dan seorang lagi melarikan diri ke kawasan sawah padi yang berdekatan. Beliau juga kemudian telah ditembak oleh pihak polis selepas itu.

Ramai yang mempertikaikan tindakan polis terbabit, namun ia sudah berlaku dan kini hanya tingga lima penjenayah saja lagi yang sedang diburu. Sementara itu, ada pihak yang mendawwa tindakan membunuh penjenayah berkenaan ada kaitannya untuk menghapuskan bukti, siapa yang berikan serbuk lada (kari) kepada mereka.

Sementara itu seorang lagi penduduk kampung yang hanya mahu dikenali sebagai Pak Chot berkata "Tak ada senjata pun... depa nak ambik senjata kat mana?.. depa lari lepas tu kereta terbabas dalam talia air jer... driver (penjenayah) dah surender (menyerah diri).. tapi kami nampak polis (UTK) tetap tembak.. sorang lagi sempat lompat keluar dari kereta dan lompat naik seberang tali air.. itu pun depa tembak.. punyaah ramai polis mai (datang)... depa duk buat macam kes Mat Komando la pulak... budak (penjenayah) ni bukanah gengster yang glamer mana pun...".

Dengan kenyataan para penduduk ini, jelas ianya tidak berlaku tembak menembak dalam insiden terbabit sebenarnya. Justeru, siasatan yang rapi perlu dijalankan dan pihak atas (polis) jangan hanya mendengar penjelasan orang bawahan. Sebaliknya mereka juga perlu dengar kenyataan daripada beberapa orang saksi (penduduk kampung) yang berada di lokasi itu.

Pahangdaily.blogspot

..............................................................................
p/s: kenyataan disebut oleh salah satu blog. Sejauh mana kebenaran belum dapat disahihkan melainkan turun sendiri bertemu penduduk bagi mendengar kisah dari mereka sendiri. Apa yang pasti sememangnya terdapat kecuaian dari anggotanya sehingga serbuk cili terlepas ke tangan mereka. Namun kita sama-sama doakan agar seluruhnya dapat diberkas sebelum berlaku perkara yang tidak diingini


 Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...