Terbaik Sepanjang Minggu

Isnin, 14 Januari 2013

[GR NUKILAN] AWAS!! AMAT YAKIN MEMBAWA KESUNGKURAN

Kota Bharu: Rakyat Kelantan mengakui hasil transformasi dilaksanakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berjaya memberi impak besar kepada ekonomi rakyat serta pembangunan negeri ini.
Sehubungan itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, menasihatkan segelintir pemimpin parti peringkat pertengahan menghentikan segera segala tindakan yang boleh mencemarkan imej parti, sekali gus membantutkan transformasi itu. 
“Hasil pemantauan saya, mendapati rakyat negeri ini melihat Najib sudah berjaya melakukan banyak perubahan, termasuk pembangunan Kelantan walaupun tidak sampai empat tahun beliau menjadi Perdana Menteri. 
“Rakyat Kelantan begitu dahagakan perubahan selepas 22 tahun di bawah pemerintahan PAS dan sentiasa menantikan apa yang kita (UMNO) lakukan (untuk perubahan). 
“Sekiranya kita masih di takuk lama (tanpa perubahan), tentu akan kalah pilihan raya umum nanti,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO negeri, di sini, semalam.Baca Seterusnya

SEWAKTU membaca petikan rencana tersebut yang dimuatkan dalam sebuah blog pro kerajaan sebagai sandaran keterimaan rakyat terhadap BN,ianya membuatkan terfikir sejenak. Bukankah kenyataan seperti ini sudah acapkali dikeluarkan oleh pemimpin BN di Kelantan apabila menjelangnya PRU dan acapkali jua harapan hanya tinggal harapan, merpati yang disangka semakin jinak mudah untuk dijerat sebenarnya lebih handal memerangkap kita.Akhirnya hanya mampu termelengu melihat ia terbang jauh dari kita.

Seharusnya blogger tersebut tidak menjadikan kenyataan ini sebagai sandaran utama terutama pula ianya di Kelantan kerana ianya pasti akan ditertawakan. Pilihanraya lalu pernah kita saksikan Ketua Pemuda UMNO menyediakan bas untuk pernatau Kelantan pulang mengundi. Hasilnya ya, berjaya, pengundi berjaya dibawa pulang namun hakikatnya Kelantan terus gah di bawah PAS.

Perlu diingat, sebagaimana sering dikatakan dan dilaung-laungkan..rakyat tidak bodoh. Apa yang diberi, baik dari pihak pembangkang atau kerajaan jila menguntungkan, kita sapu, undi sapa, kita saja tahu, orang lain tak tahu!!

..............................................................
Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...